Aktiviti/Makluman

23 MAC 2015: ISTIADAT KEMAHKOTAAN SULTAN JOHOR


Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim, Sultan Johor adalah suatu istiadat diraja Johor yang memahkotakan Sultan Ibrahim selaku Sultan Johor ke-5 dengan mahkota kerajaan negeri. Istiadat ini diadakan pada 23 Mac 2015 di Istana Besar JohorJohor Bahru.
Istiadat Kemahkotaan ini diadakan bukan dengan kuasa dan kehendak undang-undang bahkan ia merupakan warisan tradisi Diraja Johor mengikut fasal 4, bahagian ke-5 Lembaga Aturan bagi Perintah Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama 1922 memperuntukan kemahkotaan boleh diadakan pada sebarang masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor.
Kali terakhir Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor ialah kemahkotaan DYMM Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan Sultanah Ungku Tun Aminah pada 10 Februari 1960.
Istiadat yang diperkenalkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar ini memaparkan kesinambungan tiga unsur budaya yang mempengaruhi Kesultanan Johor Moden iaitu Melayu, Islam dan Barat.
Pihak sekolah iaitu seramai 42 orang murid dan guru juga turut terlibat dalam majlis tersebut.  





SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.