Solat Hajat UPSR telah diadakan bersama calon-calon UPSR dan PIBG. Solat hajat telah diadakan di Masjid Dato Jaafar (Masjid Bomba Larkin) dan Jamuan Hari Raya Tahun 6 juga diadakan selepas itu. Terima kasih kepada pihak Masjid Dato Jaafar dan semua ibu bapa yang hadir menjayakan program ini.