Aktiviti/Makluman

Bermula dengan nama Sekolah Larkin, ditubuhkan pada 16 September 1956. Menumpang bangunan SRK Ngee Heng. Guru Besar pertama, Allahyarham Tuan Haji Mohd Salleh bin Hassan dengan jumlah murid seramai 165 orang dan 4 orang guru.


Pada bulan Januari 1957, sekolah ini telah mendapat bangunannya sendiri di Jalan Larkin yang mempunyai 3 buah bangunan termasuk sebuah kantin dan pejabat sekolah. Upacara perasmian pembukaan rasmi sekolah telah dilakukan oleh Almarhumah Yang Teramat Mulia Ungku Tun Aminah, isteri kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Johor pada 8 Ogos 1957.




Bilangan murid sejak tahun tersebut semakin bertambah seramai 976 orang dengan gurunya meningkat kepada 25 orang. Ini telah memaksa pembukaan cawangan yang ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Air Molek. Pada tahun 1968, bilangan murid terus meningkat kepada 1308 orang dan sebahagian murid ini ditumpangkan di bangunan bekas Pusat Latihan Harian di Jalan Yahya Al-Datar. Sekolah cawangan pertama ditutup.





Pada bulan Mei 1969, tapak baru di Jalan Larkin siap dibina. Pada waktu itu juga sekolah ini dibahagi kepada dua pentadbiran dengan nama Sekolah Kebangsaan Larkin (SATU) dan Sekolah Kebangsaan Larkin (DUA). Sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi 10 buah bilik darjah siap dibina pada tahun 1972. Sebuah surau telah dibina pada tahun 1978 yang telah dirasmikan oleh YB Dato Haji Jaafar bin Hamzah, Ahli Parlimen Johor pada 25 Mac 1978. Pada tahun 1980, sebuah bangunan perpustakaan telah dibina dan telah digunakan sebagai Pusat Sumber untuk kemudahan murid dan guru.






Pada tahun 2003, sebuah bangunan 3 tingkat dengan rekabentuk baru telah siap dibina dan ini telah memisahkan dua buah sekolah (SK Larkin (SATU) dan SK Larkin (DUA)) secara menyeluruh kepada bangunan masing-masing kecuali kantin, padang dan surau. 13 November 2006 merupakan ulang tahun sekolah ke 50 sambutan tersebut telah dirasmikan oleh En Jailani Rusni, mantan Pengarah Pelajaran Johor. Terdapat beberapa pengubahsuaian telah dilakukan sejak tahun 2006 termasuk surau sendiri (Musola Darul Sofa) dan astaka. Nama kelas telah diubah daripada Matahari dan Mawar kepada Cerdik dan Cerdas pada tahun 2007.



 SEJARAH GURU BESAR


1. TN. HJ. MD. SALLEH B HASSAN ( 1956 - 1969 )

2. EN. HU WEI TEH ( 1969 - 1973 )

3. EN. HO PENG SENG ( 1973 - 1975 )

4. EN. OTHMAN B ALI (PIS) ( 1975 - 1983 )

5. EN. SIVALINGAM ( 1983 - 1990 )

6. EN. OTHMAN B AHMAD ( 1990 - 1994 )

7. EN. ZAINAL ABIDIN B SULAIMAN ( 1994 - 1994 )

8. PN. WAN SOM BT WAN HUSSIN ( 1994 - 1996 )

9. EN. HAMZAH B UZIR ( 1996 - 1997 )

10. PN. VIMALA A/P MUTHIAH NEELAMEGAM ( 1997 - 2003 )

11. EN. KATIGO B SUKIMAN ( 2003 - 2003 )

12. TN. HJ. SYED SALLEH B SYED HASSAN ( 2003 - 2005 )

13. PN. HJH. ROSNAH BT MD. YUSOFF ( 2005 - 2006 )

14. PN. HJH. KAMARIAH BT ABD. KADIR ( 2006 - 2008 )

15. PN HJH JAMALIAH BT ABD AZIZ (2008 - 2011)

16. PN HJH JORIAH BT SHALIHIN (2011 - 2015)

17. EN NAZLI NAZRI BIN ABU HASSAN ( 2016 - 2022 )

18. CIK SHARIFFAH ZURAIDA BT SYED ZAIN (2022 - SEKARANG)

SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.