31 DISEMBER 2013: PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH

Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah telah diadakan. Taklimat tentang LINUS 2.0, KSSR, dan FROG VLE telah disampaikan kepada ibu bapa yang hadir.








30 DISEMBER 2013: MAKLUMAN

MAKLUMAN: PERSEKOLAHAN 2014 bermula pada 1 JANUARI 2014 hari RABU.

14 NOVEMBER 2013: KEPUTUSAN UPSR DIUMUMKAN

Keputusan UPSR 2013 telah diumumkan. Sekolah masih mengekalkan 3 orang yang mendapat 5A. Tahniah adik Asyraff, Sabrina dan Nur Hafizah. Kualiti keseluruhan (GPS) menunjukkan peningkatan walaupun peratusan lulus semua mata pelajaran merudum. Semoga murid-murid Tahun 6 terus berusaha, tidak mudah mengalah dan menjadi insan yang diredhai.






14 NOVEMBER 2013: HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Hari Kanak-Kanak  Peringkat Sekolah telah diadakan dengan lancarnya sebelum Majlis Graduasi Prasekolah. Persembahan nyanyian, lakonan dan sebagainya telah dijayakan dengan baik oleh murid-murid. Syabas! Sila klik gambar di bawah untuk selanjutnya.

http://galerisklarkin1tahun2013.blogspot.com/2013/11/14-november-2013-hari-kanak-kanak.html
 

13 NOVEMBER 2013: JAMUAN TAHUN 6

Jamuan Tahun 6 telah diadakan dengan nama Majlis Budi Dipahat Kasih Terpatri. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan cemerlang menjadi insan yang istiqamah. Sila klik gambar di bawah untuk selanjutnya.

http://galerisklarkin1tahun2013.blogspot.com/2013/11/13-november-2013-jamuan-tahun-6.html
 

5 NOVEMBER 2013: AWAL MUHARRAM

Cuti sempena Awal Muharram atau Maal Hijrah ialah pada 5 November.  

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 muharram tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.

2 NOVEMBER 2013: HARI DEEPAVALI

Cuti sempena Hari Deepavali ialah 1 November dan 4 November.


26 OKTOBER 2013: KARNIVAL MINI PERMAINAN

Karnival Mini Permainan telah diadakan. Bola sepak dan bola baling merupakan acara yang dipertandingkan. Tahniah kepada pasukan yang telah berjaya. Sila klik gambar di bawah.



25 - 26 OKTOBER 2013: PERKHEMAHAN TAHUNAN

Perkhemahan Unit Beruniform Tahunan telah diadakan dengan lancar. Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Sila klik gambar di bawah untuk melihat rentetan sepanjang perkhemahan.



19 OKTOBER 2013: EXPLORACE ICT

Telah diadakan Program Explorace ICT dengan penglibatan murid-murid Tahun 4 hingga 6. Sila klik gambar di bawah.


18 OKTOBER 2013: DINNER STAF SEKOLAH

Bertempat di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru telah diadakan Dinner Staf Sekolah . Sila klik gambar di bawah.

28 SEPTEMBER 2013: KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 53

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-53 telah diadakan. Terima kasih kepada En Harun bin Omar, Pengarah Media JPMM Dun Tanjung Puteri yang telah merasmikan kejohanan pada kali ini dan semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung. Syabas buat Rumah Biru Seri Anggerik yang telah menjuarai kejohanan pada kali ini. Tahniah buat adik Irfan dan Izzat yang telah dipilih menjadi Olahragawan dan adik Siti Nur Syafikah terpilih sebagai Olahragawati. Sila klik pada gambar-gambar di bawah untuk melihat rentetan kejohanan.

(Terima kasih buat fotografer berbakat, adik Hazim Iskandar 6 Cerdik dan En Azhar Ibrahim, Juruteknik Komputer kerana mengambil gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung.)






9 SEPTEMBER 2013: MAJLIS RESTU ILMU UPSR

Majlis Restu Ilmu UPSR telah diadakan selepas waktu perhimpunan. Semoga calon-calon UPSR sekolah tenang hati, terang jiwa dan dipermudahkan urusan dalam menjawab soalan-soalan UPSR yang bermula pada hari esok.









30 OGOS 2013: PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN SAMBUTAN HARI RAYA

Pelancaran Bulan Kemerdekaan telah diadakan bermula jam 8.00 pagi. Terima kasih kepada tetamu istimewa, En Jamaludin bin Abdul Rahman, Penolong PPD Rendah, PPD Johor Bahru yang sudi menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan ini.

Pada jam 10.00 pagi bermulanya Sambutan Hari Raya dengan menjamu selera dan telah diadakan persembahan daripada murid-murid yang menghiburkan.

 Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk melihat rentetan Pelancaran Bulan Kemerdekaan.





 Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk melihat rentetan Sambutan Hari Raya Sekolah.








29 OGOS 2013: SOLAT HAJAT UPSR

Solat Hajat UPSR telah diadakan dengan kerjasama ibu bapa dan pihak Masjid Dato Onn, Larkin. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semuanya mendapat manfaat.














24 OGOS 2013 : PROGRAM JALINAN KASIH UPSR

Program Jalinan Kasih UPSR telah diadakan bersama ibu bapa murid Tahun 6. Pengisiannya ialah paparan pencapaian murid, tips target oleh setiap guru mata pelajaran UPSR dan sesi perbincangan bersama ibu bapa. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua pihak.