29 DISEMBER 2014: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PERANCANGAN STRATEGIK









Latihan Dalam Perkhidmatan telah diadakan dengan tajuk Perancangan Strategik. Terima kasih kepada  Pn Siti Hajar Binti Mahpol, SIPARTNER+ PPD Johor Bahru yang telah diundang untuk LDP kali ini.

26 NOVEMBER 2014: KEPUTUSAN UPSR

Keputusan UPSR telah diumumkan. Tahniah kepada adik Nurhazirah bt Mohd Zaidi dan adik Nur Aishah Mohamed Afandi yang telah mendapat pencapaian cemerlang, 5A. Buat murid Tahun 6 Cerdik yang lain, syabas atas usaha anda dan terus berusaha. Terima kasih kepada semua pihak.


19 NOVEMBER 2014: MAJLIS GRADUASI DAN JAMUAN TAHUN 6

Majlis Graduasi Dan Jamuan Tahun 6 telah diadakan di Hotel Tropical Inn. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak langsung. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



12 NOVEMBER 2014: LAWATAN PENANDA ARAS KE SEKOLAH AMANAH, SK PEKAN NENAS

Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Amanah, SK Pekan Nenas telah diadakan. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini terutamanya pihak SK Pekan Nenas. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.


11, 12, 13 dan 16 NOVEMBER 2014: MINGGU KEUSAHAWANAN

Minggu Keusahawanan telah diadakan selama 4 hari sebagai program murid Tahun 6 selepas UPSR. Program ini memberi peluang kepada murid Tahun 6 mempelajari dan merasai peluang sebagai usahawan dan peniaga. Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada program ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.


8 NOVEMBER 2014: KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-54

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-54 telah diadakan. Tahniah kepada Rumah Biru (Seri Anggerik) yang telah menjadi Juara Keseluruhan manakala tempat kedua disandang oleh Rumah Merah (Seri Mawar). Syabas buat adik Haikal Shakim, yang dinobatkan sebagai Olahragawan manakala adik Siti Nurul Shafika dan Nurul Ashikin yang diumumkan sebagai Olahragawati. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan pada kali ini. Terima kasih dan pihak sekolah menghargai kehadiran ibu bapa dan bekas murid-murid sekolah ini yang sama-sama memeriahkan kejohanan ini. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar selanjutnya.



6 NOVEMBER 2014: MAJLIS TAUTAN KASIH DAN HARI KANAK-KANAK

Majlis Tautan Kasih dan Hari Kanak-Kanak telah diadakan. Majlis Tautan Kasih merupakan majlis persaraan Hjh Rahmah binti Taha yang telah berkhidmat di sekolah ini semenjak tahun 1998. Semoga Hjh Rahmah sentiasa dipermudahkan urusan dan rahmat dari-Nya. Kami, warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hjh Rahmah dan pertalian tetap berkekalan. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini termasuk para jemputan yang hadir. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang selanjutnya.




8 SEPTEMBER 2014: MAJLIS RESTU ILMU UPSR

Majlis Restu Ilmu untuk calon-calon UPSR telah diadakan. Semoga semuanya mendapat keberkatan daripada majlis ini. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.



6 SEPTEMBER 2014: KURSUS i-THINK

Kursus i-THINK telah diadakan bersama guru-guru SK Larkin 2. Terima kasih kepada Cik Ruzana binti Saat, Jurulatih i-THINK kerana telah menyampaikan ceramah dalam kursus ini. Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada ilmu yang telah dikongsikan.


4 SEPTEMBER 2014: MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan telah diadakan. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang seterusya.


26 OGOS 2014 SOLAT HAJAT UPSR KALI KE-2

Solat Hajat UPSR Kali Ke-2 telah diadakan. Terima kasih kepada Ustaz Fathulmunir bin Mat daripada SK Tasek Utara dan ibu bapa yang hadir dan terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semuanya mendapat manfaat.


23 OGOS 2014: PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN, PROGRAM RIMUP DAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Hari ini telah diadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan, Program RIMUP dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang seterusnya.



23 JULAI 2014 MAJLIS KHATAM AL QURAN

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan. Semoga semuanya mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.


20 JULAI 2014: PERHIMPUNAN KHAS PENCEGAHAN DENGGI

Perhimpunan Khas Pencegahan Denggi telah diadakan berikutan penyakit Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah yang meningkat secara mendadak.






22 JUN 2014: HARI TERBUKA

Hari Terbuka telah diadakan. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.


19-20 JUN 2014: PERKAMPUNGAN HAYAT UPSR

Perkampungan Hayat UPSR telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6 dengan kerjasama ibu bapa. Fokus program ini ialah motivasi dan kesedaran murid dalam persediaan menghadapi UPSR. Semoga semuanya mendapat manfaat daripada program ini. Terima kasih kepada pihak PIBG dan ibu bapa yang terlibat. Sila klik gambar di bawah untuk melihat rakaman peristiwa program ini yang seterusnya.


25 MEI 2014: AKU JANJI MURID TAHUN 6

Majlis Aku Janji Murid Tahun 6 telah diadakan bersama ibu bapa mereka. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.


18 MEI 2014: SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru telah diadakan. Sila klik gambar di bawah untuk melihat rentetan peristiwa sambutan pada hari ini.


14 MEI 2014: AKTIVITI MENJELANG HARI GURU

Pertandingan Membuat Sandwich telah diadakan yang melibatkan guru dan murid secara berkumpulan. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.


23 APRIL 2014 SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Aktiviti yang meriah untuk Minggu Sains Dan Matematik tahun ini ialah membuat aiskrim goyang bersama-sama. Selain itu, nyanyian lagu-lagu gubahan bertemakan Sains dan Matematik turut  dijalankan. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang lebih banyak.


21 APRIL 2014: SEPANJANG MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa Minggu Sains Dan Matematik. Antaranya ialah pameran, Dam Gergasi Pintar Nombor dan Warkah Untuk Bumiku Sayang. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang lebih banyak.


20 APRIL 2014: MINGGU SAINS DAN MATEMATIK

Minggu Sains Dan Matematik telah dirasmikan oleh Pn Hjh Joriah Bt Shalihin, Guru Besar dengan tema "WARNAI DUNIAMU". Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang seterusnya.


20 APRIL 2014: PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 6

Majlis mentee diperkenalkan kepada mentor untuk Tahun 6 telah dijalankan. Semoga dengan usaha dapat mempertingkatkan kecemerlangan sekolah.


13 APRIL 2014: PERASMIAN MINGGU KECERGASAN DAN PROGRAM NILAM

Minggu Kecergasan dan Program NILAM telah dirasmikan oleh Pn Hjh Joriah bt Shalihin, Guru Besar.







7APRIL 2014 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PENAMBAHBAIKAN PBS

LDP Penambahbaikan PBS telah diadakan dan telah disampaikan oleh Pn Choo Bee Teen.



19 MAC 2014: BENGKEL FROG VLE GURU KALI KE-2

Bengkel FROG VLE GURU Kali Ke-2 telah diadakan di Makmal Komputer dengan fokus pembinaan site kuiz untuk setiap mata pelajaran yang diajar masing-masing. Terima kasih kepada semua guru yang hadir dan semoga mendapat manfaat daripada bengkel ini.




15 MAC 2014: MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2013

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan murid-murid yang hadir dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2013 ini.Terima kasih juga kepada Tuan Haji Khaled Bin Mohamed, Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru selaku wakil Tan Sri Shahrir Bin Abd Samad yang sudi merasmikan upacara ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Semoga majlis pada kali ini dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Sila klik gambar-gambar di bawah untuk mengikuti gambar-gambar yang seterusnya.


10 MAC 2014: MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH

Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada minggu ini dengan tema "Gaya Hidup Sihat Amalan Hidup Kita". Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang selanjutnya.



http://galerialarkinsatu2014.blogspot.com/2014/03/10-mac-2014-minggu-anti-dadah-peringkat.html