27 APRIL 2019: KEJOHANAN OLAHRAGA SK LARKIN SATU KE-58


Kejohanan Olahraga Sekolah Kali Ke-58 telah diadakan. Terima kasih kepada En Ahmad Taufik Bin Hamzah, Pen PPD Pembangunan Kemanusiaan yang telah merasmikan kejohanan pada kali ini. Tahniah Rumah Uhud untuk Juara Keseluruhan dan Perbarisan. Syabas Rumah Badar untuk Naib Johan. Tahniah juga Rumah Tabuk dan Rumah Siffin. Tahniah kepada semua peserta yang telah menang, hadir dan menjayakan kejohanan ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir memberikan kerjasama baik dan sokongan padu. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya

19 MAC 2019: KEM MOTIVASI DIRI MINDA DAN PEMANTAPAN SAHSIAH PERINGKAT DAERAH


Tahniah buat 19 orang murid sekolah yang telah menyertai Kem Motivasi Minda Dan Pemantapan Sahsiah Sekolah Rendah Peringkat Daerah Johor Bahru yang telah dianjurkan oleh Yayasan Bandaraya Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru di Pusat Kokurikulum Kem Tasek Utara. Terima kasih kepada ibu bapa dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya

20-21 FEBRUARI 2019: PROGRAM IMMERSION SD MUHAMMADIYAH PLUS, BATAM INDONESIA DENGAN SK LARKIN 1 DAN SK LARKIN 2



Program Immersion Sekolah Dasar Muhammadiyah Plus, Batam Indonesia bersama SK Larkin 1 dan SK Larkin 2 telah dijalankan selama 2 hari. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini secara langsung dan tidak langsung. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya. 

17 FEBRUARI 2019 : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2018



Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45 dan Majlis Anugerah Cemerlang 2018 telah diadakan di Dewan Az-Zahra SK Larkin (Satu). Terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Mohamad Salleh bin Abd Rahman yang mewakili YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir, Ahli Parlimen Johor Bahru kerana hadir sebagai perasmi penutupan mesyuarat pada kali ini. Terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir memberikan kerjasama baik dan sokongan padu. Terima kasih dan tahniah buat murid-murid yang telah menerima anugerah. Terima kasih buat pihak Pejabat Kebun Bunga Istana Johor untuk hiasan pokok bunga. Tahniah dan terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis pada kali ini. Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya. 

14 FEBRUARI 2019: MAJLIS PERLANTIKAN PEMIMPIN MUDA



Majlis Perlantikan Pemimpin Muda telah diadakan. Pemimpin muda ini ialah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Terima kasih kepada Tuan Suhaimi bin Jamal, Ketua Balai, Balai Bomba Dan Penyelamat Daerah Johor Bahru yang telah merasmikan majlis dan menandatangani kerjasama antara pihak sekolah dengan pihak bomba dan penyelamat. Sila klik gambar di atas untuk melihat gambar seterusnya.