7 JANUARI 2018: PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar. Program daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling bertujuan untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.


1 JANUARI 2018: HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2018

Sesi Persekolahan Tahun 2018 telah dibuka dengan membuka lembaran baru yang menitik beratkan kemenjadian insan dan meneruskan keberanian menongkah cabaran yang akan datang. Semoga semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memudahkan segala urusan  namun pada masa yang sama menggemblengkan tenaga meneruskan kegemilangan. Selamat datang dan terima kasih. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid-murid pada hari pertama persekolahan 2018.


31 DISEMBER 2017: PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Pendaftaran Murid Tahun 1 telah diadakan. Terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang hadir memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan pendaftaran ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.




27 HINGGA 29 DISEMBER 2017: MESYUARAT PENGURUSAN DAN PANITIA

Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Panitia telah diadakan menjelang hari pertama persekolahan sesi 2018 di "War Room", SK Larkin (Satu).