22 OKTOBER 2017: MINGGU KEUSAHAWANAN

Minggu Keusahawanan telah diadakan dan telah dirasmikan oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar SK Larkin (Satu). Program yang memupuk kemahiran keusahawanan di kalangan murid Tahun 6 ini merupakan antara aktiviti selepas UPSR. Sila klik gambar di bawah untuk melihat kemeriahan program ini.


5 OKTOBER 2017: PERASMIAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

Program Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar SK Larkin (Satu). Pada kali ini program ini membawa tema "Bahasa Jiwa Bangsa". Terima kasih kepada adik Alya Arisya binti Abd Aziz dan Khayra Batrisyia binti Izhar Shah daripada tahun 4 Aula yang telah mendeklamasi sajak. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar seterusnya.


5 OKTOBER 2017: MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Perkhemahan Unit Beruniform telah diadakan. Tahniah kepada semua peserta perkhemahan. Tahniah kepada adik Amirul Arif bin Zolkepli dan Maisara binti Hairul Izam kerana dinobatkan sebagai Wira dan Wirawati Perkhemahan Unit Beruniform 2017. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang selanjutnya.



31 SEPTEMBER DAN 1 OKTOBER 2017: PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Perkhemahan Unit Beruniform merupakan salah satu aktiviti utama sekolah dan telah diadakan di RAF Point, Kota Tinggi. Objektif utama program ini ialah untuk memupuk keyakinan, nilai kepimpinan, semangat kerjasama dan meningkatkan disiplin di kalangan peserta perkhemahan. Semoga segala pengalaman yang diperoleh dijadikan pelajaran berguna bagi setiap peserta.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terutamanya kepada pihak RAF Outdoor Pursuit dan tidak lupa juga buat ibu bapa yang memberikan sokongan terhadap program sekolah ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat rentetan aktiviti dan ragam peserta perkhemahan pada kali ini.



25 HINGGA 27 SEPTEMBER 2017: PENILAIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA WAJIB PENGAKAP PERINGKAT SEKOLAH

Persatuan Pengakap SK Larkin (Satu) telah mengadakan Penilaian Lencana Keahlian Dan Lencana Wajib Pengakap Peringkat Sekolah bagi ahli-ahlinya.




17 SEPTEMBER 2017: MAJLIS PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN

Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan telah diadakan. Tahniah kepada pemenang-pemenang dalam aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan. Syabas kepada warga Prasekolah yang memeriahkan majlis. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



11 HINGGA 14 SEPTEMBER 2017: LAWATAN SAMBIL BELAJAR

Program Lawatan Sambil Belajar diadakan serentak dengan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini melibatkan semua murid kecuali calon UPSR dan Tahun 1 iaitu berlainan kelas untuk setiap hari. Lawatan ini melibatkan dua tempat iaitu Galeri Seni Negeri Johor dan PetroSains Puteri Harbour. Sila klik gambar di bawah untuk melihat aktiviti-aktiviti murid dan ragam mereka yang mencuit hati.



11 HINGGA 14 SEPTEMBER 2017: UPSR

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) telah berlangsung. Semoga berjaya kepada semua calon UPSR 2017.



7 SEPTEMBER 2017: PAKAIAN KEMERDEKAAN PRA SEKOLAH

Meriah dan membanggakan dari murid-murid Prasekolah yang mengenakan pakaian bertemakan bendera Jalur Gemilang.


7 SEPTEMBER 2017: MAJLIS RESTU ILMU UPSR

Majlis Restu Ilmu UPSR telah diadakan selepas program bacaan Surah Yasin.


21 OGOS 2017: KUIZ KEMERDEKAAN

Sepanjang minggu ini sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan, Kuiz Kemerdekaan telah dijalankan pada setiap pagi sewaktu perhimpunan pagi murid.


20 OGOS 2017: PENYAMPAIAN HADIAH KECERIAAN KELAS ABD KE-21

Tahniah kepada kelas 1 Aula dan 4 Aula yang telah memenangi Pertandingan Keceriaan Kelas Abad Ke-21 pada minggu ke-28.


17 OGOS 2017: SOLAT HAJAT UPSR

Program Solat hajat UPSR telah diadakan di Masjid Taman Dato' Onn, Larkin. Terima kasih kepada pihak masjid yang turut bekerjasama menjayakan program ini. Semoga mendapat keberkatan dan manfaat kepada semua pihak secara langsung atau pun tidak langsung. Terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang telah hadir. 



16 OGOS 2017: MINGGU TAYANGAN FILEM KEMERDEKAAN

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan ini, panitia Sejarah telah menjalankan aktiviti menonton filem bertemakan kemerdekaan.


13 OGOS 2017: PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH

Perasmian Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah telah diadakan dan dirasmikan oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar SK Larkin (Satu). Tema pada kali ini ialah Negaraku Sehati Sejiwa. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



12 OGOS 2017: PERKAMPUNGAN HAYAT UPSR SIRI 3

Perkampungan Hayat UPSR Siri 3 telah diadakan. Pada kali ini, program ini melibatkan semua subjek teras UPSR. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.


2 OGOS 2017: KEM BESTARI SOLAT SIRI 2

Kem Bestari Solat Siri 2 telah diadakan. Alhamdulilah, program berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



31 JULAI 2017: PENYAMPAIAN HADIAH BULAN SAINS, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Bagi menutup Program Bulan Sains, Reka Bentuk dan Teknologi yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Panitia RBT dengan kerjasama Panitia TMK dan Kelab Sains Teknologi dan Alam Sekitar, majlis penyampaian hadiah diadakan bagi pemenang-pemenang aktiviti yang dipertandingkan. Tahniah kepada semua murid yang terlibat menyertai setiap aktiviti dan syabas kepada pemenang-pemenang!


27 JULAI 2017: CABARAN KAPAL TERBANG KERTAS TAHAP 1

Persaingan memberikan satu kesan positif jika diurus dengan baik. Motivasi untuk mempamerkan suatu yang lebih baik merupakan objektif dalam Cabaran Kapal Terbang bagi murid Tahap 1 sempena Bulan Sains, Reka Bentuk dan Teknologi. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid semasa cabaran ini dibuat.



27 JULAI 2017: CABARAN JAMBATAN KUKUH

Cabaran Jambatan Kukuh diadakan pada waktu kokurikulum bagi murid Tahap 2 sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi. Kemahiran berfikir dan kerjasama dalam kumpulan dapat disemai dalam aktiviti sebegini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid-murid semasa aktiviti ini dijalankan.

http://2017galerisklarkin1jilid3.blogspot.my/2017/07/27-julai-2017-cabaran-jambatan-kukuh.html


22 JULAI 2017: BEAUTY OF WASTE FASHION SHOW

Sekolah telah dijemput menyertai Program Beauty Of Waste Fashion Show anjuran KPJ Puteri, Johor Bahru. Tahniah kepada wakil sekolah iaitu adik Mohd Hazeq Hakimy Fouzie bin Abdullah dan Cikgu Muhd Akhmal bin Sungkanah yang telah mendapat keempat daripada 13 buah sekolah yang menyertainya.



22 JULAI 2017: PERKAMPUNGAN HAYAT UPSR SIRI 2

Program Perkampungan Hayat UPSR Siri 2 telah diadakan. Tahniah kepada murid-murid yang hadir.









20 JULAI 2017: CABARAN ROKET AIR

Aktiviti sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi pada minggu ini ialah Cabaran Roket Air yang melibatkan semua murid. Aktiviti ini dijalankan semasa pdp Sains sepanjang minggu ini. Reaksi positif daripada murid yang seronok memberikan kesan yang baik dan ini mendorong mereka untuk berfikir tentang cabaran dan cara mengatasi masalah. Bimbingan dan dorongan daripada guru sangat diperlukan dalam aktiviti ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat reaksi dan ragam mereka.

http://2017galerisklarkin1jilid3.blogspot.my/2017/07/20-julai-2017-cabaran-roket-air.html


13 JULAI 2017: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah telah diadakan. Permuafakatan, keharmonian, saling menghormati dan kerjasama telah dipupuk daripada majlis ini. Semoga muhibah ini terus tersemai dalam diri generasi akan datang. Sila klik gambar di bawah untuk melihat kemeriahan majlis dan ragam warga sekolah yang mencuit hati.

http://2017galerisklarkin1jilid3.blogspot.my/2017/07/13-julai-2017-majlis-sambutan-hari-raya.html


12 JULAI 2017: SAINTIS PAGI

Program Saintis Pagi hari ini menampilkan keyakinan murid menunjukkan aktiviti tangan berapi dan tembus tak tiris. Murid yang tampil secara sukarela telah Berjaya menghiburkan rakan-rakan yang lain. Tahniah! Sila klik gambar di bawah untuk melihat aksi mereka.

http://2017galerisklarkin1jilid3.blogspot.my/2017/07/12-julai-2017-saintis-pagi.html


11 JULAI 2017: PROJEK AIS KRIM SHAKE MURID TAHAP 2

Murid Tahap 2 pula diberi peluang membuat ais krim shake mereka. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/11-julai-2017-projek-ais-krim-shake.html


11 JULAI 2017: PROGRAM MURID CEMERLANG OLEH PIHAK ANGRY BIRD

Pihak Angry Bird Johor Bahru telah hadir mengadakan Program Murid Cemerlang di samping mempromosikan taman tema mereka. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/11-julai-2017-program-murid-cemerlang.html


11 JULAI 2017: SAINTIS PAGI GURU

Guru pula mengambil giliran dalam program Saintis Pagi sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi. Sila klik gambar dibawah.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/11-julai-2017-saintis-pagi-guru.html


10 JULAI 2017: MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN EN MD ZAIDI BIN MD ZAIN, MANTAN GPK HEM

Majlis Sambutan Hari Raya Guru dan Majlis Perpisahan En Md Zaidi bin Md Zain, mantan GPK HEM telah diadakan di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru. Terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pihak Hotel Tropical Inn. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/10-julai-2017-majlis-sambutan-hari-raya.html


10 JULAI 2017: PROJEK AIS KRIM SHAKE TAHAP 1

Projek Ais Krim Shake Tahap 1 merupakan aktiviti santai sambil belajar sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi. Murid Tahap 1 membuat ais krim shake secara berkumpulan dan pengalaman ini merupakan satu bentuk pelajaran dalam masa mereka berseronok bersama-sama. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid-murid semasa menjalankan aktiviti ini.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/10-julai-2017-projek-ais-krim-shake.html


10 JULAI 2017: SAINTIS PAGI

Saintis Pagi merupakan satu program sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi yang diadakan sebelum kelas bermula. Murid dan guru secara sukarela tampil ke hadapan menunjukkan eksperimen ringkas Sains. Ini memupuk keyakinan dan sikap bersungguh-sungguh yang boleh diteladani murid-murid lain.  Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang selanjutnya.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/07/10-julai-2017-saintis-pagi.html


3 JULAI 2017: CAP TANGAN IKRAR DAN KUIZ CABARAN ECO-LIFE

Sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi, aktiviti Cap Tangan Ikrar dan Kuiz Cabaran Eco-life telah diadakan melibatkan semua murid. Cap Tangan Ikrar merupakan janji murid untuk kesedaran diri mereka menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Kuiz Cabaran Eco-life diadakan sepanjang minggu ini menggunakan medium Frog VLE melalui soalan kuiz interaktif atas talian iaitu Kahoot. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



2 JULAI 2017: PERASMIAN BULAN SAINS, REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Program Bulan Sains, Reka Bentuk dan Teknologi telah dirasmikan semasa perhimpunan rasmi oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar SK Larkin (Satu). Program kali ini bertemakan Imaginasi Di Luar Jangkaan (Imagination Beyond Expectation). Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.


23 JUN - 1 JULAI 2017: CUTI HARI RAYA AIDILFITRI

Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semoga cuti ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga dan didoakan semoga dipermudahkan segala urusan.


22 JUN 2017: MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN MAJLIS PERPISAHAN EN MD ZAIDI MD ZIN, GPK HEM

Majlis Khatam Al Quran telah diadakan sempena Program Penghayatan Bulan Ramadhan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Majlis Perpisahan En Md Zaidi bin Md Zin, GPK HEM turut diadakan selepas itu. Terima kasih buat semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi melancarkan perjalanan majlis. Terima kasih juga buat En Md Zaidi yang telah berkhidmat di sekolah ini dan semoga meneruskan kecemerlangan di sekolah baharu nanti. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/06/22-jun-2017-majlis-khatam-al-quran-dan.html

26 MEI - 10 JUN 2017: CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN


Semoga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan sentiasa menjaga keselamatan diri. Buat ibu bapa yang memandu semasa balik kampung, didoakan selamat sampai dan selamat balik juga memandulah dengan selamat.

25 MEI 2017: MAJLIS PERPISAHAN PN WAN MAISARAH

Majlis Perpisahan Pn Wan Maisarah telah diadakan. Terima kasih kepada Cikgu Maisarah, guru Matematik yang telah berkhidmat di sini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang lain.

http://2017galeriskl1no2.blogspot.my/2017/05/25-mei-2017-majlis-perpisahan-pn-wan.html