Kursus Pengurusan Jenazah telah diadakan bagi murid Tahun 6. Turut terlibat ialah murid Tahun 6 SK Larkin (Dua). Terima kasih kepada Ustaz Halim bin Sarmin dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor yang mengendalikan kursus itu. Terima kasih juga kepada pihak Masjid Taman Dato Onn, Larkin yang memberikan kerjasama dalam menjayakan kursus ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid semasa kursus dijalankan.