7 - 11 DISEMBER 2017: INTERNATIONAL ECO-SCHOOLS CONFERENCE

Empat orang peserta termasuk guru telah menyertai "International Eco-Schools Conference 2017" yang bertempat di Melaka pada kali ini. Ini bermakna SK Larkin (Satu) merupakan antara sekolah "Eco-School" di bawah projek WWF Malaysia. Semoga dengan penyertaan ini dapat memberikan manfaat kepada murid dan kesedaran yang lebih terhadap penjagaan alam sekitar dapat disemai dan diamalkan. Syabas kepada adik Muhammad Nufail Danish bin Aznan, murid 5 Aula yang dinobatkan sebagai "Best Male Participant". Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih Cikgu Khou Jerome. Terima kasih juga kepada pihak ibu bapa. Sila klik gambar di bawah untuk melihat aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa konferens dijalankan.