Syabas kepada peserta Boling Padang yang telah mendapat tempat KETIGA bagi kategori Pairs Bawah 12 Tahun dalam Kejohanan Boling Padang Remaja Peringkat Kebangsaan 2012 di Ipoh Perak. Terima kasih buat Cikgu Hafiz bin Saat, Cikgu Salwa bt Husain, warga SK Larkin 1, Encik Kamaruddin, Jurulatih Boling Padang Negeri Johor dan semua pihak yang terlibat. Tahniah kerana terus tabah dan bersungguh-sungguh dalam menempuh halangan-halangan yang akhirnya membawa sedikit kejayaan yang boleh dibanggakan. Alhamdulillah.