30 OKTOBER 2012 RABU

Karnival Permainan telah diadakan yang melibatkan semua murid. Pertandingan yang diadakan ialah bola sepak, bola jaring dan sukaneka. Sila klik gambar-gambar di bawah.





23 OKTOBER 2012 SELASA

Rombongan Tahun 6 telah melawat Desaru Fruit Farm sebagai aktiviti lawatan tahun ini. Program ini telah dijalankan dengan lancar dan semoga semua peserta mendapat manfaat daripada lawatan ini. Sila klik gambar di bawah.

22 OKTOBER 2012 ISNIN

Kem Membaca 1 Malaysia telah dirasmikan oleh Pn Hjh Joriah bt Shalihin dengan tema MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN 1 MALAYSIA.










15 OKTOBER 2012 ISNIN

Tahniah buat Cikgu Abd Razak bin Kandar yang telah mendapat Johan dalam Pertandingan Mereka Cipta Kuda Kepang Dan Batik Malaysia Zon Majidi.


12 OKTOBER 2012 JUMAAT

Terima kasih dan semoga terus berjaya kepada guru pelatih opsyen Bahasa Inggeris, Cik Nur Syakira bin Ismail dan Cik Siti Syuhaida bt Sabri daripada Institut Perguruan Temenggung Ibrahim.


5 DAN 6 OKTOBER 2012 JUMAAT DAN SABTU

Perkhemahan Unit Beruniform yang merupakan program tahunan sekolah telah diadakan dengan lancar. Seramai 55 orang murid telah menyertai perkhemahan ini yang terdiri daripada murid-murid Tahap 2. Persembahan, penghasilan logo kumpulan, pertandingan memasak dan gajet merupakan aktiviti-aktiviti dalam program perkhemahan kali ini. Sila klik gambar di bawah.


1 OKTOBER 2012 ISNIN

Majlis Perpisahan untuk Cik Zaharah, GPK Kokurikulum telah diadakan. Cik Zaharah akan berkhidmat di PPD Johor Bahru dan jawatan tersebut akan digantikan oleh Pn Sitara. Semoga Cik Zaharah terus cemerlang dan selamat datang untuk Pn Sitara. Sila klik gambar di bawah.