Aktiviti/Makluman

19 NOVEMBER 2012 ISNIN

Keputusan UPSR telah diumumkan. Tahniah buat murid-murid yang berjaya mencapai sasaran mereka dan yang telah mendapat keputusan cemerlang 5A. Bagi murid-murid yang tidak mencapai sasaran mereka, semoga tidak berputus asa dan terus berusaha untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Syabas buat 3 orang murid yang telah mendapat 5A iaitu adik Shafiqah Aina, Gowinderaaj dan Kholiqusshifa. Tahniah buat sekolah yang telah meningkat pencapaian UPSR pada tahun ini dengan pencapaian 83% kelulusan berbanding 79% (tahun 2011), 3 orang  mendapat 5A berbanding seorang pada tahun lepas dan GPS 2.17 berbanding 2.20 (untuk tahun 2011). Tahniah buat ibu bapa, murid-murid, guru-guru, sekolah dan PIBG yang telah berusaha bersama-sama untuk meningkatkan pencapaian yang telah disasarkan. Sila klik gambar di bawah ini.


SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.