21 JUN 2013 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG ZARA

Pada sebelah petangnya telah diadakan sebuah lawatan sambil belajar ke Kilang Zara (Pengeluar Kicap Kipas Udang) yang terletak di Jalan Langkasuka, Larkin. Semoga lawatan ini dpat memberikan satu inspirasi kepada murid-murid yang menyertai program ini.








21 JUN 2013 : HARI TERBUKA SEKOLAH

Hari Terbuka Sekolah telah diadakan pada hari ini dan telah berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan yang berjerebu. Semoga semua pihak mendapat manfaat daripada program hari ini. Sila klik gambar di bawah:

  
 Hasil gambar-gambar tersebut adalah daripada fotografer cilik, adik Hazim Iskandar. Terima kasih ya!

17 JUN 2013: PERASMIAN RADIO SEKOLAH, LARKIN FM

Tahniah buat sekolah yang telah berjaya melancarkan radio sekolah yang diberi nama LARKIN FM dengan tagline Di sini Segalanya Bermula. Perasmian tersebut telah disempurnakan oleh YB Adam bin Sumiru, ADUN Tanjung Puteri. Terima kasih buat beliau yang telah memberikan sumbangan radio sekolah tersebut dan merasmikannya. Tak lupa juga buat pihak Fitrah Media Enterprise iaitu En Harun dan DJ Senja yang turut menjayakan radio sekolah ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat seperti En Puad bin Kamisan, YDP PIBG, AJK PIBG, guru-guru dan DJ-DJ Cilik yang sama-sama memeriahkan radio sekolah ini. Sila klik gambar di bawah ini.