Kuiz Maulidur Rasul telah diadakan untuk murid Tahun 6 yang dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit ICT Sekolah. Kuiz tersebut dijawab secara atas talian. Ini adalah antara aktiviti pengisian untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang akan diadakan pada 12/2 (Rabu) ini. Sementara itu, Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Maulidur Rasul juga telah diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.