Sempena Bulan Sains, Reka Bentuk Dan Teknologi, aktiviti Cap Tangan Ikrar dan Kuiz Cabaran Eco-life telah diadakan melibatkan semua murid. Cap Tangan Ikrar merupakan janji murid untuk kesedaran diri mereka menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Kuiz Cabaran Eco-life diadakan sepanjang minggu ini menggunakan medium Frog VLE melalui soalan kuiz interaktif atas talian iaitu Kahoot. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat iaitu pihak pentadbir, guru-guru dan murid-murid. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.