29 JANUARI 2018: BENGKEL PAK 21

Bengkel Pendidikan Abad Ke-21 (PAK 21) telah diadakan dan disampaikan oleh Pn Zarina binti Hashim, GPK Kurikulum SK Larkin (Satu).


27 JANUARI 2018: KEM BAKAT BOLA SEPAK

Kem Bakat Bola Sepak yang telah dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak SK Larkin (Satu) mendapat sambutan baik oleh murid dan sokongan ibu bapa. Terima kasih kepada jurulatih-jurulatih luar seperti En Rohaizad bin Abd Jalil dan En Yazid bin Karim yang sudi memberikan tunjuk ajar dan bimbingan bagi mencungkil bakat murid-murid dalam bidang ini. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.





25 JANUARI 2018: BENGKEL PEDAGOGI DAN PENANDAAN MATEMATIK UPSR

Bengkel Pedagogi Dan Penandaan Matematik UPSR telah diadakan. Terima kasih kepada penceramah yang hadir, pihak SK Larkin (Dua) yang turut menjadi penganjur bersama dan peserta-peserta dari sekolah lain yang turut menjayakan bengkel ini.


25 JANUARI 2018: AGIHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN RM100

Agihan Bantuan Awal Persekolahan RM100 telah dibuat bagi murid-murid yang terlibat.


23 JANUARI 2018: BENGKEL PEDAGOGI DAN PENANDAAN BAHASA MELAYU UPSR

Bengkel Pedadogi Dan Penandaan Bahasa Melayu UPSR telah diadakan dengan kerjasama SK Larkin (Dua) bertempat di Makmal Komputer SK Larkin (Dua). Terima kasih kepada penceramah yang telah diundang dan guru-guru dari sekolah lain yang turut menyertai bengkel ini.


15 JANUARI 2018: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN CEFR

Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) telah diadakan.


11 JAN 2018: BENGKEL PEMBINAAN BBM PAK-21

Bengkel Pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Pendidikan Abad Ke-21 (PAK-21) telah diadakan.


7 JANUARI 2018: PELANCARAN PROGRAM JOM KE SEKOLAH

Program Jom Ke Sekolah telah dilancarkan oleh En Nazli Nazri bin Abu Hassan, Guru Besar. Program daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling bertujuan untuk menarik minat murid hadir ke sekolah.


1 JANUARI 2018: HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2018

Sesi Persekolahan Tahun 2018 telah dibuka dengan membuka lembaran baru yang menitik beratkan kemenjadian insan dan meneruskan keberanian menongkah cabaran yang akan datang. Semoga semua pihak memainkan peranan masing-masing dalam memudahkan segala urusan  namun pada masa yang sama menggemblengkan tenaga meneruskan kegemilangan. Selamat datang dan terima kasih. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam murid-murid pada hari pertama persekolahan 2018.


31 DISEMBER 2017: PENDAFTARAN MURID TAHUN 1

Pendaftaran Murid Tahun 1 telah diadakan. Terima kasih kepada ibu bapa dan murid yang hadir memberikan kerjasama yang baik bagi melancarkan perjalanan pendaftaran ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.




27 HINGGA 29 DISEMBER 2017: MESYUARAT PENGURUSAN DAN PANITIA

Mesyuarat Pengurusan dan Mesyuarat Panitia telah diadakan menjelang hari pertama persekolahan sesi 2018 di "War Room", SK Larkin (Satu).