12 FEBRUARI 2018: KEM MOTIVASI PEMIMPIN MUDA

Kem Motivasi Pemimpin Muda telah diadakan melibatkan murid-murid yang menggalas jawatan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Terima kasih kepada penceramah, En Md Zali bin Abu, Kaunselor SMK Abdul Rahman Yassin. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.



12 FEBRUARI 2018: PROGRAM MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Program Merentas Desa Peringkat Sekolah telah diadakan melibatkan semua murid. Tahniah kepada para pemenang dan syabas kepada semua murid yang hadir menyertai. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutamanya pihak Balai Polis Larkin. Sila klik gambar di bawah untuk melihat ragam-ragam murid semasa program dijalankan.


6 FEBRUARI 2018: MAJLIS PERLANTIKAN DAN PENYAMPAIAN WATIKAH PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PUSAT SUMBER

Majlis Perlantikan Dan Penyampaian Watikah Pengawas Sekolah Dan Pengawas Pusat Sumber telah diadakan. Terima kasih kepada pihak Balai Polis Larkin yang turut terlibat menjayakan majlis ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.


4 JANUARI 2018: PELANCARAN PROGRAM GURU PENYAYANG DAN KEMPEN 5S

Program Guru Penyayang dan Kempen 5S telah pun dilancarkan. 5S ialah Senyum, Salam, Sayang, Sopan dan Syukur. Semoga program seperti ini memberi manfaat dan menandakan kesungguhan dalam mendidik anak murid menjadi insan yang terbaik. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.