Aktiviti/Makluman

8 APRIL 2018: KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-57 SK LARKIN (SATU)

Kejohanan Olahraga Kali Ke-57 SK Larkin (Satu) telah diadakan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan meriah dengan kehadiran ibu bapa dan bekas murid-murid sekolah ini. Terima kasih kepada En Mohd Khalifa bin Hamdan, YDP PIBG SK Larkin (Satu) yang telah merasmikan kejohanan pada kali ini. Terima kasih jemputan yang hadir termasuk ibu bapa. Terima kasih buat MaryBrown yang turut memeriahkan kejohanan ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana menyokong setiap program sekolah. Syabas kepada semua pasukan dan peserta yang telah berjaya. Tahniah untuk rumah Siffin selaku Juara Rumah Sukan, rumah Uhud untuk Johan Perbarisan, adik Arun a/l Buminathan iaitu Olahragawan, adik Nuurah Fariha binti Shafie iaitu Olahragawati, adik Sabiq Irfan bin Sahril iaitu Olahragawan Harapan dan adik Puteri Iris Adriana binti Khairur Rizal iaitu Olahragawati Harapan. Majulah Sukan Untuk Disiplin Diri! Sila klik gambar di bawah untuk melihat banyak lagi gambar-gambar semasa kejohanan berlangsung.





SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.