Tahniah kepada murid-murid yang telah mewakili sekolah dalam pertandingan sukan baru-baru ini. Tahniah adik Muhammad Shahmy bin Dol Rahim yang telah mendapat tempat ke-4 dan terpilih untuk mewakili daerah di Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Johor. Tahniah adik Sabiq Irfan bin Sahril yang telah mendapat tempat ke-2 dalam acara Lompat Tinggi bawah 11 tahun dan tempat ke-2 juga dalam acara 200m bawah 11 tahun di Kejohanan Olahraga MSS Zon Majidee 2020. Syabas kepada peserta sekolah yang lain dan murid-murid yang menjadi QM. Tahniah semua! Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya.