Aktiviti/Makluman

1 MAC 2020: KEJOHANAN OLAHRAGA SK LARKIN (SATU) KALI KE-59


Kejohanan Olahraga SK Larkin (Satu) Kali Ke-59 telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada En. Mohd Khairul Riza bin Abdullah, YDO PIBG SK Larkin (Satu) yang telah merasmikan kejohanan ini. Tahniah kepada Rumah Badar yang telah dinobatkan sebagai JUARA KEJOHANAN manakala Naib Juara ialah Rumah Siffin. Tahniah buat Rumah Uhud untuk Johan Perbarisan. Tahniah kepada adik Muhammad Shahmy Bin Dol Rahim yang dinobatkan sebagai Olahragawan dan adik Nur Ain Aleya Binti Mohd Shafie sebagai Olahragawati. Bagi Olahragawan Harapan ialah adik Muhammad Alfi Syahrin Bin Mohd Nirwan dan Olahragawati Harapan ialah adik Azza Asyikin Quratuain Binti Faizul. Syabas kepada semua murid-murid dan ibu bapa yang hadir. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memeriahkan kejohanan ini. Sila klik di sini untuk melihat gambar seterusnya.

SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.