Majlis Persaraan Puan Sulaikha Binti Abdul Rahman, Pembantu Operasi Sekolah Dan Jamuan Akhir Tahun KEBIRUS telah diadakan.
Majlis Persaraan Puan Sulaika telah diadakan 2 lokasi iaitu di sekolah bersama murid-murid dan di hotel bersama barisan pentadbiran, guru-guru dan jemputan. Terima kasih Puan Sulaikha (yang kami panggil Kak Su) kerana khidmat dan jasa baik yang tak terhingga. Semoga segala urusan Puan Sulaikha dipermudahkan dan sihat selalu hendaknya.
Majlis Jamuan Akhir Tahun (Kelab Bilik Guru Dan Staf) KEBIRUS pula diadakan di Hotel Grand Paragon pada sebelah malam. Semoga semangat sepasukan terus utuh demi kegemilangan sekolah.