Aktiviti/Makluman

27 MEI 2024: PROGRAM KEMBARA ILMU PSS AL JAUHAR SELARSA

 


Program Kembara Ilmu PSS AL Jauhar Selarsa merupakan program serampang dua mata oleh Unit Pusat Sumber Sekolah Al Jauhar yang dikelolakan oleh Cikgu Mohamad Akmal Bin Sungkanah.  Program utama yang melibatkan 11 orang murid dan 2 orang guru PSS Al Jauhar ialah Seminar Pengawas Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2024 yang bertempat di Hotel Pan Pacific Kuala Lumpur. Manakala seramai 27 orang murid dan 3 orang guru terlibat dengan program Kembara Ilmu Selarsa yang telah melawat sambil belajar di Pusat Sains Negara dan Muzium Coklat, Kuala Lumpur. Peserta-peserta program ini juga sempat melawat Menara Berkembar Petronas dan Tun Razak Exchange.

Syabas kepada semua murid dan guru yang teribat. Terima kasih kepada pihak sekolah dan pihak ibu bapa yang memberikan sokongan dan kerjasama yang baik untuk program ini.






SK LARKIN 1 Diubahsuai Daripada Templat Templateism | Pengubahsuaian oleh Unit ICT Selarsa 2023

Dikuasakan oleh Blogger.