Program Minggu Anti Dadah telah dirasmikan oleh Puan Sarinah Binti Md Jamin, Guru Besar SK Larkin 1 dengan tema " Lebih Baik Cegah: Pencegahan Bermula Di Rumah".
Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sempena program ini ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Perkongsian 5 Minit Info Anti Dadah dan Ceramah Dan Pameran Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).