Selamat kembali ke sekolah kepada semua warga SELARSA bagi sesi 2025/2026. Minggu Transisi Tahun 1 telah dirasmikan oleh Guru Besar SK Larkin 1, Puan Sarinah binti Md Jamin yang akan berlangsung selama 4 minggu. Murid-murid Tahun 2 hingga Tahun 6 pula akan melakukan pelbagai aktiviti sempena minggu pertama persekolahan yang pastinya menyeronokkan.