22 FEB 2014: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL ANJURAN MASJID AN NUR LARKIN SENTRAL

Sekolah telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh Masjid An Nur Larkin Sentral dengan menghantar murid-murid yang terlibat dan diiringi oleh En Md Zaidi, Pn Niza Utiya dan En Nikman. Beberapa orang murid juga turut menerima sumbangan. Semoga semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung mendapat manfaat daripada majlis ini. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang seterusnya.






12 FEBRUARI 2014: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah telah diadakan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan semoga semuanya mendapat manfaat daripada majlis ini. Sila klik gambar di bawah untuk melihat gambar-gambar yang seterusnya.




9 FEBRUARI 2014: KUIZ MAULIDUR RASUL DAN PERTANDINGAN MEWARNA

Kuiz Maulidur Rasul telah diadakan untuk murid Tahun 6 yang dianjurkan bersama Panitia Pendidikan Islam dan Unit ICT Sekolah. Kuiz tersebut dijawab secara atas talian. Ini adalah antara aktiviti pengisian untuk Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah yang akan diadakan pada 12/2 (Rabu) ini. Sementara itu, Pertandingan Mewarna sempena Sambutan Maulidur Rasul juga telah diadakan dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah.







28 JANUARI 2014: BANTUAN MURID RM100

Bantuan murid RM100 telah diagihkan. Pihak sekolah mngucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir dan memberikan kerjasama yang baik. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar yang seterusnya.


26 JANUARI 2014: HARI PENETAPAN TARGET

Pihak sekolah telah mengadakan satu pertemuan khas bersama ibu bapa dalam majlis Hari Penetapan Target untuk murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR. Sila klik gambar di bawah untuk gambar-gambar seterusnya.