Majlis Lambaian Kasih Jambangan telah diadakan sempena persaraan seorang guru yang disayangi ramai iaitu Cikgu Norzaripah binti Alam.
Terima kasih Cikgu Norzaripah yang telah menabur bakti di sekolah ini. Jasa dan kenangan indah bersama cikgu sentiasa diingati pihak sekolah dan warganya. Kami mendoakan Cikgu Norzaripah dipermudahkan urusan, sihat dan bahagia selalu. Kenang kami dalam doa cikgu.